Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
A- A A+

 

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

       

Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) merupakan salah satu institut di bawah naungan Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). IPK merupakan institusi yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan latihan dan konsultansi dalam bidang pengurusan kesihatan. Hasil penyelidikan digunakan dalam membantu penyediaan polisi yang berkaitan dengan pengurusan kesihatan. Selain itu, IPK juga turut bertanggungjawab dalam program pembangunan professional melalui latihan yang dirancang bagi memenuhi keperluan wargakerja KKM merangkumi proses penyampaian pengetahuan dan pengurusan pengetahuan (knowledge management), peningkatan kemahiran berkaitan dengan pengurusan kesihatan, serta meningkatkan kompetensi, potensi dan intelek supaya lebih berkebolehan untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.

IPK juga menawarkan khidmat konsultasi kepada agensi-agensi di bawah KKM dalam bidang berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan kesihatan. Antara khidmat konsultasi yang diberikan oleh IPK adalah dalam Kepuasan Pelanggan, penerapan Nilai-nilai Murni; Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Softskills; dan pengurusan Organisasi.

     

Selain itu, di peringkat antarabangsa, IPK mempunyai jalinan kolaborasi bersama World Health Organization (WHO), Colombo Plan, United Nation University - International Institute for Global Health dan Kementerian Luar Negeri melalui The Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Kolaborasi ini turut menjadi platform kepada negara-negara anggota untuk menjana experiential learning, pemindahan serta perkongsian pengetahuan praktikal dengan lebih berkesan.

IPK mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan peserta. Antaranya adalah auditorium, bilik mesyuarat, bilik kuliah/tutorial, ballroom, makmal komputer, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Selain itu, terdapat juga kemudahan penginapan untuk peserta yang tinggal di luar Lembah Klang.

Kami berharap dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang erat serta rangkaian kerja yang mantap dengan pelanggan-pelanggan kami dan pihak-pihak yang berkaitan. Sebarang maklumbalas untuk penambahbaikan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

“PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

 

Dr. Nor Izzah binti Hj Ahmad Shauki

Pengarah

Institut Pengurusan Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia



 

 

Bagi membuat sebarang maklumbalas mengenai aduan/cadangan/pertanyaan/permohonan sila layari
Hakcipta © 2017 Institut Pengurusan Kesihatan. Semua hakcipta terpelihara. Pihak Institut Pengurusan Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.
 
 
  • Tarikh Kemaskini:Jumaat 20 April 2018, 15:51:55.
 
 
 
 
Laman Web Ini Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 4 dan ke atas, Google Chrome 4 dan ke atas dan Safari 3 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
 

Pelawat


Hari ini 65

Semalam 116

Minggu ini 1247

Bulan ini 4154

Keseluruhan 142909

Hubungi Kami

 

 

Institut Pengurusan Kesihatan,
Jalan Rumah Sakit, Off Jalan Bangsar,
59000 W.P.Kuala Lumpur, Malaysia.

   

ipk.webmaster@moh.gov.my

   

P: +603-2296 2800

   

F: +603-2296 2832 / 2838